Pic 1

 

Donate Payment System

 

Category Education
Charity Name Tabung Pendidikan Al-Hidayah
Address Lot 20849, persiaran Sepakat 7,Taman Indah Jaya,
31350, Ipoh, Perak
Telephone Tel: +6-05-3129373, Fax: +6-05-3129373
Handphone  
Website http://tabunghidayah.blogspot.com/
Email tabunhkppah@yahoo.com
Persons in Charge

Tn Hj Junaidi Mohamed

Donations required RM600,000.00, Building Fund
Total donations todate RM0.00
Bank Account Nos.

Bank Muamalat 0804-0000803716 (Tabung Pembangunan Al-Hidayah)

Listed on August 20, 2011
Last updated August 20, 2011
 

Good Shepherd Home

Dalam proses penambahbaikan bangunan yang ada, kami sekurang-kurangnya memerlukan dana sebanyak enam ratus ribu (RM600,000) dalam merealisasikan sebuah bangunan yang mampu menampung bilangan pelajar untuk masa akan datang. Dana sebanyak RM 600,000 ribu ini akan di gunakan untuk membina sebuah bangunan yang mempunyai 10 buah bilik darjah untuk sekolah rendah dan 2 bilik khas untuk penempatan selepas sekolah (Educare). Apabila siap kelak bangunan ini,ianya banyak memberi faedah kepada anak-anak didik kami dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadi salah seorang generasi rabbani di abad ini.

 

Pusat Pendidikan Al-Hidayah Berhad bercita-cita untuk melahirkan Generasi Rabbani yang amileen, berketrampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia & akhirat yang `berteraskan Tauhid.’ Mendokong satu Falsafah Pendidikan yang begitu ampuh melalui satu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara & dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran & As-sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh & bererterusan, maka Pusat Pendidikan Al Hidayah Berhad memerlukan sokongan yang bersepadu samada berbentuk sokongan moral, khidmat nasihat dan juga kewangan. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula hasil perbincangan awal beberapa individu muslim yang begitu berminat untuk melihat tertubuhnya sebuah sekolah yang berteraskan tauhid wujud di Bandaraya Ipoh. Pada hujung tahun 1989 Sekolah Rendah Al Hidayah mula beroperasi dengan menyewa sebuah rumah, 2 orang guru, 19 orang pelajar di banglo No.2, Jln Madrasah, Rapat Setia. Pada tahun 1989 juga Sekolah Rendah Al Hidayah telah diluluskan pendaftaran oleh JAIPk. Pada tahun 1996 hasil dari kesinambungan Sekolah Rendah maka penubuhan Sekolah Menengah Al-Hidayah pula ditubuhkan. Pada awal Tahun 1997 pembinaan bangunan tetap untuk sekolah Rendah Al-hidayah dan Menengah Al-Hidayah mula dilaksanakan. Pada pertengahan Tahun 1997 Sekolah Menengah Al Hidayah telah berpindah ke tapak tetap, manakala pada tahun 1998 Sekolah Rendah telah berpindah ke bangunan baru. Hasil bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam Perak Sekolah Menengah Al Hidayah telah berpindah ke bangunan baru pada tahun 2002. Ringkasnya Pusat Pendidikan Al Hidayah telah meniti usia enam belas tahun ! Di usia begini cabaran hebat yang di hadapi oleh pihak pengurusan ialah kekurangan kewangan dan juga sumber manusia iaitu pendidik yang diperlukan mendidik generasi pewaris untuk menjadi insan bertakwa lagi cemerlang. Cabaran ini merupakan satu jihad berterusan yang dihadapi oleh ahli lembaga dan pengurusan sekolah bagi mamastikan sistem pendidikan ini sentiasa kompetitif di kalangan masyarakat.

CharityMalaysia Remarks:-

1.

We have verified this Charity.

2.

You may make cheques payable to the above-mentioned account or to "Charity Resources" at,

No. 5, Jalan Putra Perdana 3/25

Taman Putra Perdana 3/25

47100 Puchong Selangor Malaysia

EON Bank Account No. 0095-10-003529-6

Email: admin@charitymalaysia.com

 

 

Donate Payment System

 

 

 

 

 
Payment System

 

How To Get Listed | Terms of Service | Testimonies | Resources

Disclaimer | Privacy | Contact Us

 

Charity Malaysia - Malaysia's No.1 Fund Raising Portal